Bekalan lembu terjejas 40 peratus punca harga daging melambung
Iklan
SHAH ALAM - Bekalan pengeluaran lembu tempatan yang terjejas 30 hingga 40 peratus sejak awal tahun ini menyebabkan harga bagi seekor lembu hidup dan daging lembu melambung hampir 30 peratus.
Pemilik Lenggong Valley Farm, Mohd Hashim Ayub berkata, peningkatan harga seekor lembu hidup adalah refleksi kepada peningkatan harga daging dengan golongan penternak sebenarnya sudah menjangka berlaku kenaikan harga berkenaan sejak beberapa bulan dahulu.