IPOH - Banjir termenung yang melanda daerah Hilir Perak beransur pulih selepas lebih 80 penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 8 malam ini, hanya tinggal 64 orang berada di PPS itu yang dibuka sejak 26 Oktober lalu iaitu berkurangan berbanding 152 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Sementara itu, 277 mangsa banjir daerah Kerian masih berada di dua PPS iaitu 149 di SK Changkat Lobak, manakala 128 lagi di SK Parit Haji Aman, manakala di daerah Manjung 82 orang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak setakat ini 423 orang.
Banjir di daerah terlibat dikenali sebagai 'banjir termenung' iaitu keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama. -Bernama