Tercicir sekolah kerana kesempitan hidup
Iklan
SABAK BERNAM - Kesempitan hidup yang dialami menyebabkan seorang ibu terpaksa mengambil keputusan memberhentikan persekolahan salah seorang anak perempuannya.
Rahmah (bukan nama sebenar), 39, berkata, keputusan sukar itu terpaksa diambil disebabkan dia tidak berkemampuan akibat tidak bekerja.