Iktibar 7 Disember 1941
Iklan
GENERASI hari ini mungkin menganggap 7 Disember adalah satu tarikh yang tidak mempunyai signifikan terhadap negara terutama dalam perihal arah hala tuju dan masa depan sebuah negara berdaulat.
Ia adalah tarikh yang mungkin perlu diberi perhatian kerana peristiwa serangan tentera udara Jepun terhadap Pearl Harbour, Hawaii, berlaku pada tarikh tersebut, tahun 1941. Ia bukanlah kali pertama Jepun mempamerkan kekuatan ketenteraannya terhadap kuasa-kuasa utama dunia ketika itu.