Era Suu Kyi dan NLD sudah berakhir?
Iklan
Pada usia 76 tahun, keputusan memenjarakan Suu Kyi mungkin menyebabkan era ikon demokrasi itu makin sukar
PEMIMPIN parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi yang dihukum penjara empat tahun tetapi kemudian hukumannya dikurangkan kepada dua tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan melanggar Undang-Undang Pengurusan Bencana dipercayai tidak akan menghentikan tentangan penduduk terhadap junta tentera di Myanmar.
Ini adalah kerana, menurut beberapa penganalisis, gerakan menentang pemerintahan junta tentera di negara itu telah pun keluar dari bayang-bayang Suu Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991.