Dahulu popular Hidup Bossku, kini trending Najib 'national embarrassment'
Iklan
Najib menegaskan penggunaan ungkapan 'national embarassment' terhadap dirinya dianggap tidak wajar, beliau membangkitkan skandal dagangan tukaran wang asing (Forex) sekitar tahun 90-an yang dianggapnya lebih memalukan.
PUTRAJAYA - Hidup ibarat kitaran roda. Mungkin perumpamaan itu dapat disimpulkan terhadap nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah rayuan sabitan kes mahkamah beliau dikekalkan Mahkamah Rayuan di sini pagi Rabu.
Ahli Parlimen Pekan yang kembali berpengaruh dengan slogan 'Malu Apa Bossku' setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu, akhirnya terpaksa menerima hakikat beliau kini trending dengan frasa 'national embarrassment (memalukan negara)' yang begitu popular di laman Twitter dengan lebih 13,100 kicauan setakat jam 3 petang Rabu.