Najib, BN bakal ulangi fenomena kebangkitan reformasi Anwar?
Iklan
Anwar mencipta magis apabila blok pembangkang menjadi kerajaan buat pertama kali dari dalam penjara. Ramai percaya karier politik Najib tidak akan mati, bahkan mungkin menjadi kelebihan kepadanya dan BN biarpun disabit kesalahan.
Apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pastinya berita itu diterima pelbagai pihak dengan reaksi bercampur baur.
Ada sebahagian pihak berpandangan proses keadilan sudah tertegak di samping memastikan dunia tidak berterusan boleh mengaitkan Malaysia dengan dakwaan menjadi pelindung golongan kleptokrat dan korupsi.