Barang naik harga, selaras segera gaji minimum RM1,500: MTUC
Iklan
Perkara tersebut selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara yang memerlukan penetapan gaji minimum disemak setiap dua tahun sekali
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak kerajaan menetapkan kenaikan gaji minimum baharu dengan mengambil kira kenaikan kos barangan yang menyebabkan kehidupan pekerja terjejas teruk.
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara yang memerlukan penetapan gaji minimum disemak pada setiap dua tahun sekali, MTUC berpendirian sudah menjadi kewajiban kepada kerajaan untuk menyemak dan menaikkan kadar gaji minimum bermula 1 Januari 2022.