Bukan sekadar benteng pertahanan negara
Iklan
Ismail Sabri ditemani Hishammuddin dalam satu program melibatkan Kementerian Pertahanan baru-baru ini.
DALAM siri kedua 100 hari KPI kementerian-kementerian, Sinar Premium bersama dua badan penyelidik bebas, Ilham Centre dan O2 Research menilai prestasi lima lagi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kementerian Pertahanan antara kementerian yang dipuji dengan usaha Hospital Medan, Combat Medic Vaccination Team (CMVT), PPV Pandu Lalu dan misi-misi penerbangan bagi membantu penghantaran vaksin dan peralatan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Sabah dan Sarawak.