Kenapakah UAE batalkan Jumaat sebagai cuti umum?
Iklan
EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun lalu telah mengumumkan pembatalan cuti umum pada hari Jumaat yang dianggap sebagai 'penghulu segala hari' mulai tahun depan.
Berdasarkan jadual waktu baharu pekerjaan, cuti hujung minggu untuk sektor awam akan bermula pada tengah hari pada hari Jumaat manakala hari Sabtu dan Ahad ialah cuti umum di UAE sekali gus mengikut negara-negara Barat.