Cabaran enam kementerian pacu prestasi
Iklan
DALAM siri ketiga, laporan khas 100 hari Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian-kementerian, Sinar Harian bersama dua badan penyelidik bebas, Ilham Centre dan O2 Research menilai prestasi enam lagi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Keenam-enam kementerian ini berada dalam prestasi sederhana dan memuaskan. Ini mungkin kerana kementerian tersebut sukar untuk menyudahkan semua program mega mereka dalam tempoh 100 hari atau selain masih diduga cabaran pandemik.