Tanya, apa tidak kena dengan kita
Iklan
Kejadian buli yang berlaku bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi ini yang mana Mara sendiri berbelanja berbilion ringgit untuk membinanya di seluruh negara
HAKIKAT bahawa selepas insiden buli yang meragut nyawa seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan 18 pembuli dijatuhi hukuman penjara, perbuatan sama masih lagi berlaku, menunjukkan yang kita enggan belajar atau mengambil pengajaran daripadanya dan ini sangat-sangat membimbangkan.
Kes yang melibatkan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mana seluruh anggota badannya (melainkan muka dan tapak tangan) ditekap dengan seterika panas sebanyak 90 kali mendapat liputan meluas dan diketahui umum kerana dibicarakan di mahkamah namun ia masih tidak dapat menghalang perbuatan buli.