Rumpun bangsa dan Bahasa Semitik
SESIAPA saja yang mendalami sejarah Islam dan umat ahli kitab Yahudi dan Nasrani akan melihat perkembangan sejarah sekitar empat hingga lima alaf terakhir ini dengan penuh takjub. Dalam dunia kontemporari, ilmu tentang teater tamadun insan ini sudah tentu boleh didapati dengan melayari internet dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Tulisan Profesor Dr Solehah Yaacob yang berjudul"Sejarah Bahasa Aramaik" (3 November 2021) ialah satu rujukan internet yang menarik. Dalam masa yang sama, buku setebal 512 halaman yang saya rujuk ialah yang berjudul"The Cultural Atlas of Islam" (Macmillan, New York, 1986) yang saya beli di London, UK, pada Disember 1989. Pasangan penulis suami isteri, Isma'il Raji al Faruqi dan Lois Lamya' al Faruqi telah dibunuh oleh seorang penceroboh yang memasuki rumah mereka di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Mei 1986.