Dulu buang masa, sekarang sudah jadi kerjaya
Iklan
Masyarakat perlu buka mata, beri peluang e-sukan sebagai kerjaya baharu
SHAH ALAM - Kerjaya masa kini sudah tidak bergantung kepada bidang konvensional semata-mata kerana dengan adanya ledakan era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), pelbagai jenis kerjaya baharu yang tidak pernah terfikir oleh generasi terdahulu akan menakluki negara.
Pakar Sosiologi, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, masyarakat seharusnya membuka minda untuk menerima pelbagai jenis pekerjaan baharu selari dengan perkembangan teknologi akan datang sebagai kerjaya yang juga akan menghasilkan pendapatan lumayan seperti industri sukan elektronik (e-sukan).