Pernah sorok Play Station daripada ibu
Iklan
Chamack kini sudah kumpul RM70,000 sepanjang bergelar atlet profesional e-sukan
SHAH ALAM - Pernah bergelar juara dalam MyRepublic GAMER di Singapura tahun lepas dan Virtual Bundesliga International (VBL) 2021 Qualifier, atlet sukan elektronik berusia 18 tahun ini bukan sahaja hebat menandingi lawannya malah turut cemerlang dalam pelajaran.
Berjaya dalam sukan permainan digital bola sepak, FIFA, bukan penghalang buat pemain profesional e-sukan, Muhammad Muzaffar Zuhair Mustaffa, 18, meraih 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.