Awas tayar ‘bom jangka’
Iklan
Penggunaan tayar terpakai haram boleh menyebabkan risiko tinggi untuk meletup
SHAH ALAM - Penggunaan tayar terpakai termasuk untuk kenderaan komersial adalah tidak selamat kerana tidak mampu menampung beban yang berlebihan untuk jangka masa panjang.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, tayar terpakai yang disahkan untuk kegunaan kenderaan komersial juga berdepan risiko keselamatan kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.