Siswa UM kumpul RM150,000 main FIFA
Iklan
Muhamad Luqman bukan sahaja menjadi pemain FIFA nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, malah mewakili negara hingga ke Barcelona dan Manchester
SHAH ALAM - Siapa sangka dengan hanya bermain permainan digital bola sepak FIFA, seorang atlet sukan elektronik meraih pendapatan sehingga RM80,000 setahun dengan hanya memenangi kejohanan e-sukan yang disertainya.
Malah sepanjang empat tahun Muhamad Luqman Haziq Hajiman, 24, bergelar pemain profesional FIFA, dia telah meraih wang kejohanan sebanyak RM150,000.