Periksa mata jika tunjuk simptom rabun
Iklan
Antaranya seperti sentiasa menggosok mata sehingga berair dan menonton televisyen pada jarak dekat
SHAH ALAM - Ibu bapa dinasihatkan untuk segera membawa anak-anak menjalani pemeriksaan mata sekiranya mereka mula menunjukkan tanda-tanda awal rabun.
Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Bayi Pramatang KPJ Damansara Specialist Hospital, Datuk Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar berkata, antara gejala itu seperti sentiasa menggosok mata sehingga berair dan menonton televisyen pada jarak yang dekat.