‘Pas parti kuat, MN masih bernyawa’
Iklan
Abdul Hadi perjelaskan Muafakat Nasional tidak terkubur sekali gus menjawab spekulasi isu parti
SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menamatkan spekulasi pelbagai pihak selepas mengesahkan gagasan Muafakat Nasional (MN) diasaskan parti itu bersama UMNO pada September 2019, masih lagi bernyawa dan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan MN tidak akan terkubur mahu pun menuju di penamatnya seperti didakwa segelintir pihak.