Tugas besar Malaysia sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia
Iklan
TANGGAL 1 Januari 2022 bakal menyaksikan Malaysia memulakan keanggotaan di dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga 31 Disember 2024.
MHAM yang bertempat di Geneva, Switzerland adalah satu badan antara kerajaan di dalam sistem PBB yang bertanggungjawab mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.