BARCELONA - Seorang penyanyi di Sepanyol yang memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Michael Jackson diminta untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan dia bukan mendiang Jackson.
Menerusi sebuah video dimuat naik Sergio Cortes, dia dilihat memiliki rambut keriting berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Raja Pop itu.
Iklan
Iklan
"Hello kepada semua peminat Michael Jackson, jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan saya di Hollywood Pattaya pada 23 Disember ini.
"Saya sayang anda semua dan jumpa anda di sana. Saya Sergio Cortes, jumpa lagi," katanya.
Menurut teori netizen, Jackson berbohong tentang kematiannya dan bekerja sebagai penghibur secara sembunyi.
Rata-rata komen yang membanjiri video tersebut menggesa Cortes mengambil ujian DNA bagi membuktikan teori mereka.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Beat It itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Jun 2009. - Agensi