[EKSKLUSIF] ‘Saya okey, cuma perlu jalani rawatan hemodialisis’
Iklan
Abdul Khalid sahkan beliau hidap diabetes dan buah pinggang
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan, beliau masih sihat biarpun kelihatan kurus seperti gambar yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Abdul Khalid yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Selangor berkata, beliau kini sedang menjalani rawatan hemodialisis selepas dikesan menghidap sakit buah pinggang, lebih dua tahun lalu.