Pejuang pertimbang tawaran kerjasama
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) mengakui parti itu masih mempertimbangkan tawaran kerjasama daripada beberapa parti pembangkang lain selain Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, pihaknya buat masa ini masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan parti-parti berkenaan bersetuju dengan ideologi perjuangan Pejuang dalam menentang rasuah dan amalan kleptokrasi di negara ini.