Prestasi terburuk berterusan di Sarawak, PH perlu reformasi dalaman
Iklan
Pencapaian PH itu dilihat lebih buruk berbanding satu lagi parti pembangkang yang baru sahaja menyertai PRN Sarawak iaitu PSB
KUCHING - Kemerosotan prestasi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan lalu dijangka berterusan berlaku pada PRN Sarawak ke-12 pada Sabtu apabila gabungan pembangkang itu hanya mampu memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lebih malang, pencapaian PH pada PRN Sarawak kali ini dilihat lebih buruk berbanding satu lagi parti pembangkang yang baru pertama kali menyertai PRN Sarawak iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB).