GPS tolak 'katak' politik
Iklan
Parti itu bertegas tidak akan terima ahli politik yang berpaling tadah atau ADUN melompat parti
SHAH ALAM - Bagi mengelak 'tragedi' Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertegas tidak akan menerima mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau 'katak' politik.
Pengerusinya, merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pihaknya tidak akan menerima ahli politik yang berpaling tadah, susulan kemenangan besar pada PRN malam tadi.