Lekukan tropika punca hujan lebat berterusan di Pantai Barat
Iklan
SHAH ALAM - Hujan lebat berterusan yang melanda negeri Pantai Barat sejak lebih 24 jam lalu bermula Jumaat adalah disebabkan sistem lekukan tropika (tropical depression) yang menuju ke Semenanjung Malaysia.
Menurut Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Fredolin Tangang, sistem lekukan tropika merupakan sistem tekanan rendah yang sebelum ini bergerak dari Laut China Selatan menuju ke Semenanjung Malaysia.