Bahasa Melayu – bahasa berdaulat
Iklan
BARU-baru ini, Malaysia mencatat sejarah apabila Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap menggunakan bahasa Melayu pada pentas antarabangsa di Glasgow, Scotland iaitu Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26).
Kita merasa amat bangga pemimpin ini membawa bahasa Melayu ke arena global dengan perwatakan nasionalis bahasa dimartabatkan.