Hayati sejarah perundangan
Iklan
RAMAI yang tidak menyedari sejarah merupakan suatu elemen yang penting bagi membina tamadun sesuatu bangsa. Para pemikir juga sering mengatakan bahawa sejarah pasti akan berulang. Oleh yang demikian pengkajian sesuatu pengkisahan sejarah perlu diberi penekanan bagi membolehkan sesuatu bangsa maju ke hadapan.
Menoleh ke belakang menelaah sejarah akan membawa seseorang itu maju ke hadapan. Begitulah juga keadaannya dalam bidang perundangan. Kedudukan undang-undang sebenarnya tidak boleh lari dari aspek sejarah.