Walau rancak, jangan berdosa
Iklan
HUJAN lebat pada 17 Disember lalu yang diterima warga Selangor dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Tidak ramai yang perasan Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran bahawa hujan lebat akibat siklon Rai yang melibas Filipina akan berterusan hingga mengakibatkan banjir besar.
Menjelang Ahad, banyak kampung, bandar dan taman dinaiki air. Banyak kawasan terputus hubungan dan menjadi pulau. Ribuan kenderaan terperangkap di jalan raya.