'Saya boleh letak jawatan, Nadma boleh bubar, tapi apa solusinya?'
Iklan
AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjadi sasaran kritikan susulan didakwa gagal mengurus bencana banjir dengan baik terutamanya di Selangor.
Keadaan itu bertambah ‘panas’ apabila kenyataan Abdul Latiff mengenai Nadma di Dewan Rakyat pada 15 November lalu diambil di luar konteks sehingga mencetuskan reaksi kurang senang rakyat.