Pusat sembelihan ayam miliki lesen operasi sejak 2009: MPS

Iklan
Kawasan kilang dalam keadaan bersih sewaktu penguatkuasa MPS menjalankan pemeriksaan.

SELAYANG - Pusat penyembelihan ayam di belakang Pangsapuri Taman Selayang Makmur di sini yang didakwa persatuan penduduk beroperasi secara haram adalah tidak benar.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Fauzi Ishak berkata, hasil siasatan penguatkuasa MPS mendapati kilang tersebut mempunyai lesen sejak beroperasi pada 2009.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kilang tersebut juga mendapati pemiliknya yang merupakan warga tempatan mematuhi syarat lesen.

"Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis belum pernah gagal memperbaharui lesen perniagaan tahunan.

Iklan
Pembaharuan lesen perniagaan MPS dilakukan secara tahunan oleh pemilik premis.

"Siasatan lanjut di lokasi juga mendapati, premis bersih dengan longkang dalam keadaan memuaskan.

"Malah, pekerja yang dipertanggungjawabkan dalam urusan penyembelihan ayam mempunyai kad tauliah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Bagaimanapun katanya, pihak MPS ambil maklum dengan aduan disampaikan penduduk dan akan melakukan pemantauan secara berterusan.

"Ia bagi memastikan pemiliknya sentiasa mematuhi syarat operasi ditetapkan.

"Tiada sebarang kompaun dan tindakan dikeluarkan dalam pemeriksaan hasil aduan awam baru-baru ini,” katanya.