[VIDEO] Jemput-jemput Pak Mail bukan sekadar murah tapi sedap

Iklan
Pak Mail mencium duit yang disedekahkan kepadanya.

KLUANG - 'Sebiji 10sen je.' Itu kata-kata seorang peniaga jemput-jemput di Kampung Melayu, Kluang, Johor.

Dikenali dengan nama panggilan Pak Mail, lelaki berusia 73 tahun ini masih gagah menjual pelbagai jenis jemput-jemput setiap hari.

Iklan
Iklan

Kepelbagaian dan keunikan perisa jemput-jemput menjadi daya tarikan pembeli.

Antara perisa yang jarang ditemui di mana-mana adalah isi naga, nangka, nanas dan jagung, tembikai susu, betik selain udang, ikan, sayur dan nasi.

Iklan

Kira-kira 2,000 biji jemput-jemput sehari mampu dijual oleh Pak Mail di gerainya itu.

Keistimewaannya Pak Mail ini, dia membuka gerai untuk memberi jemput-jemput secara percuma kepada orang ramai menjelang Ramadan.

Iklan

Dikurniakan kesihatan malah tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi mahupun jantung, tanpa disedari kerja amal yang dilakukan itu sudah memasuki lima tahun.

Pak Mail (kanan) menjual jemput-jemput setiap hari di Kampung Melayu, Kluang.

Bercerita lanjut, dia membuka kedai itu sekadar hobi bagi mengisi masa lapang.

"Untung yang diperolehi tidak banyak tetapi niaga ini hobi, suka-suka sahaja. Dah tua, anak-anak tak bagi niaga," katanya yang membuka gerainya setiap hari.

Pak Mail yang sudah kematian isteri selama 23 tahun membesarkan anak seramai 12 orang secara sendirian.

"Allahuakbar, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui...macam orang gila jaga anak.

"Nak kahwin tapi anak ramai, pakcik tak nak la,” katanya ketika ditemubual sebuah rancangan FS Channel yang tular di laman sosial.

FS Channel yang datang berkunjung ke gerai Pak Mail dapat merasakan sendiri keenakan jemput-jemput yang dijual di gerai tersebut.

Kelihatan setiap isi buah-buahan dalam jemput-jemput yang dihasilkan oleh Pak Mail.

Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke gerai ini berpuas hati dengan jemput-jemput Pak Mail kerana jualannya murah dan juga sedap.

Pembeli berkata,"Jemput-jemput ini susah nak jumpa tempat lain, lagi pakcik Mail suka bersedekah sambil niaga, rasanya pun sedap,"

Pak Mail mencium duit yang disedekahkan kepadanya.