Jho Low dipercayai miliki pasport Cyprus

Iklan
Salinan dokumen permohonan pelan pelaburan di Cyprus yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low. - Foto Sarawak Report Gambar kanan: Jho Low dilaporkan memiliki pasport Cyprus, sebuah negara kepulauan di Mediterranean. - Foto Sarawak Report

SHAH ALAM – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai memiliki pasport Cyprus, sebuah negara kepulauan di Mediterranean selepas skandalnya membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada tahun 2015.

Akhbar Politus di Cyprus melaporkan, ahli perniagaan itu didakwa memperoleh pasport berkenaan melalui broker Henley & Partners yang turut membantunya mendapatkan pasport dari St Kitts & Nevis.

Iklan
Iklan

Ia firma sama digunakan Jho Low bagi mendapatkan pasport dari sebuah lagi negara kepulauan, Saints Kitts and Nevis sebelum ini namun pasport berkenaan dibatalkan susulan siasatan terhadap jutawan muda itu.

Jho Low kemudian menerima pasport Cyprus melalui Rancangan Pelaburan Cyprus yang mensyaratkan pemegang pasport perlu mendepositkan sebanyak lima juta Euro (RM23,206 juta) di bank untuk tempoh tiga tahun dan membeli kediaman paling kurang berharga 500,000 Euro (RM23,202.57).

Iklan

Berikutan itu, beliau membeli sebuah rumah agam bernilai lima juta Euro (RM23,206 juta) pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu dan tiba di Cyprus pada 18 September 2015 bagi tujuan mendapatkan pasport berkenaan.

Bagaimanapun, Politis tidak memberi perincian sama ada Jho Low pernah kembali semula ke Cyprus dengan pasport berkenaan dan menduduki kediaman yang dibeli malah sama ada hartanah tersebut sudah dirampas juga tidak diketahui.

Iklan

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Jho Low mendapat suaka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan telah berulang-alik antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan itu tidak logik dan ‘dongeng’ kerana orang seperti Jho Low yang dikehendaki disebabkan ‘jenayah abad ini’ dalam skandal 1MDB boleh memasuki UAE dengan mudah.

Hamid berkata UAE mempunyai sistem keselamatan sangat ketat di lapangan terbang dan polis di sana bekerja rapat bersama pihak berkuasa di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan Jho Low di UAE dongeng: KPN