LAHAD DATU - Seorang wanita rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Dam Simpang Putatan di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan II, Julkifli Harry berkata, wanita yang menaiki Proton Saga itu rentung manakala seorang individu menaiki Toyota Revo cedera ringan.