Ranger trak pikap pertama dijual melalui e-dagang

Iklan
UNTUK tempahan, pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM1,389 sahaja.

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia baru-baru ini melancarkan Ford Ranger Splash Edisi Terhad ke pasaran tempatan.

Pelancaran itu dibuat sempena Festival Beli-belah Lazada 11.11 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Ford Ranger Splash Edisi Terhad itu didatangkan dalam warna hitam dan dilengkapi bar kangaroo, gril hadapan istimewa, penutup cermin sisi, bampar belakang, sports bar, roda aloi dan fender yang lebar.

Ranger Splash itu turut dilengkapi dengan sistem bayaran tol elektronik dan sistem kamera 360-darjah bagi memberikan lebih kemudahan kepada pengguna.

Iklan
FORD Ranger Splash menggunakan enjin diesel 2.0L Single Turbo yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik.

Ford Ranger Splash menggunakan enjin diesel 2.0L Single Turbo yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 180PS dan tork maksimum 420Nm.

Pada bahagian kemasan luaran, jentera tersebut dilengkapi dengan pelekat logo Ranger Splash dengan warna fluorescent terang menyerahkan lagi bahagian sisi trak pikap tersebut agar kelihatan lebih agresif dan sesuai dengan tema edisi terhadnya.

Iklan

Ford Ranger Splash juga merupakan trak pikap pertama di Malaysia yang dijual hanya melalui platform e-dagang.

Sempena tahun 2019, hanya 19 unit trak pikap itu ditawarkan dengan semuanya akan dijual secara eksklusif melalui platform e-dagang Lazada pada 11 November 2019 (semasa Lazada 11.11 Shopping Festival).

Model tersebut akan dipamerkan di bilik pameran Ford Petaling Jaya 2, Sime Darby Auto ConneXion, satu-satunya lokasi ia dipamerkan sebelum dijual.

Jentera itu dijual pada harga RM138,888 dan boleh ditempah lebih awal melalui fungsi Chup Dulu dalam aplikasi Lazada.