SUNWAY baru-baru ini memperkenalkan Sunway Smart Parking atau dikenali sebagai sistem parkir pintar yang mana ia menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.
Pengalaman parkir tanpa bayaran tunai dan tiket itu merupakan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway bagi memudahkan para pengunjungnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, Sunway Smart Parking itu dijangka akan diperkenalkan kepada awam pada suku pertama 2020.
"Dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir bila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking serta aplikasi Sunway Pyramid menerusi telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta yang terlibat secara langsung iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital dan Maybank QR.
Selain itu, rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit juga turut bekerjasama.
Sistem tersebut akan dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaypyramid.com/smartparking atau hubungi talian bagi hal berkaitan parkir kereta di 03-7494 3185.