Berhimpit dalam satu rumah

Iklan
Siti Sarah membuka gerai jualan bihun sup bagi menyara keluarga besarnya.

PASIR PUTEH - [VIDEO] Kesempitan hidup memaksa 14 penghuni terpaksa berhimpit dalam sebuah rumah di Kampung Guntong dekat sini.

Rumah pusaka yang hanya menanti rebah berusia lebih 30 tahun itu dihuni ibu tunggal, Siti Sarah Ghazali, 47, bersama dua anaknya berusia 17 dan 13 tahun.

Iklan
Iklan

Selain itu, pasangan suami isteri Kamaruzaman Abdul Rahman, 45, dan Siti Rudiah Ghazali, 36, serta empat anak berusia lapan bulan hingga antara enam tahun turut menumpang kasih di rumah tersebut.

Lebih menyayat hati, Maziah Ghazali, 39, yang menghidap kanser kolum tahap empat turut 'berhimpit' dalam rumah tersebut bersama suami, Noor Hafizul Azreq Mansor, 38, dan tiga anak mereka.

Iklan

Maziah hanya mampu terlantar dan suaminya pula terpaksa cuti tanpa gaji untuk menjaganya dan anak-anak mereka.

Siti Sarah berkata, keadaan rumah juga sudah uzur ditambah bumbung yang sudah berlubang serta lantai lantai rosak.

Iklan

Menurutnya, dia tidak mampu membaiki rumah itu kerana pendapatannya yang berniaga bihun sup secara kecil-kecilan hanya cukup untuk menampung makan dan minum keluarganya.

Menurutnya, dua adik-beradiknya turut berdepan masalah kewangan apabila salah seorang daripada mereka menghidap kanser.

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan dari Econsave Cawangan Pasir Puteh, Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan (Volunteer i-Care) dan Komuniti Harapan Malaysia Zon 1 Limbongan yang menyampaikan barangan keperluan serta keperluan sekolah.

Sementara itu, Maziah berkata, walaupun terpaksa berhimpit dia bersyukur kerana masih mempunyai tempat berteduh.

Siti Sarah membuka gerai jualan bihun sup bagi menyara keluarga besarnya.

Maziah juga gembira apabila suami dan anak-anak berada di sisi ketika dia sedang diuji dengan masalah kesihatan.

"Sebelum ini kami menetap di Johor dan kemudian pulang ke kampung selepas saya disahkan menghidap kanser.

"Suami terpaksa bercuti tanpa gaji sehingga hujung tahun ini untuk menguruskan rumah tangga," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Maziah di 030154-11-000251-62.

Keluarga Maziah, Siti Sarah dan Siti Rudiah menerima Noor Hafizul Azreq (tiga dari kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Volunteer i-Care, Muhammad Afiq Aiman Sukry (tiga dari kiri) dan Setiausaha Komuniti Harapan Malaysia Zon 1 Limbongan, Arman Mustafa (dua dari kiri).