Sawa batik 'ceroboh' sekolah

Iklan
Murid SK Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan melihat anak ular sawa yang berjaya ditangkap APM menggunakan penjerut pagi tadi.

KUALA SELANGOR - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan gempar dengan kehadiran anak luar sawa batik yang ditemui atas siling dewan sekolah itu pagi tadi.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai empat pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba ke lokasi jam 8.36 pagi," katanya.

Suzaini berkata, ular sepanjang 0.8 meter di dewan sekolah itu berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

Iklan

"Tiada mangsa cedera dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu difahamkan ketika kejadian sekolah berkenaan baru selesai mengadakan perhimpunan pagi sebelum seorang murid menyedari kehadiran reptilia terbabit.

Iklan

Menurut sumber, sekolah itu baru sahaja memulakan sesi persekolahan dan semua murid pulang ke kelas masing-masing sejurus perhimpunan tamat.