Kedutaan Pakistan di Kabul ditutup

Iklan
Polis Afghanistan mengawal orang ramai yang beratur di luar Kedutaan Pakistan di Kabul. - Foto: AFP

.

KABUL - Kedutaan Pakistan di Kabul akan menutup pejabat konsulatnya atas faktor keselamatan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan negara jiran.

Penutupan seksyen visa itu bakal memberi kesan kepada ramai rakyat Afghanistan memandangkan ratusan orang memohon untuk mendapatkan permit perjalanan ke Islamabad pada setiap hari bagi tujuan rawatan perubatan, barangan atau pendidikan universiti.

Iklan
Iklan

Secara purata, Kedutaan Pakistan memproses kira-kira 1,500 permohonan visa sehari.

Menurut mesej yang dikongsi jurucakap kedutaan melalui WhatsApp memberitahu, pejabat konsulat berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Pakistan di Islamabad berkata, kakitangan kedutaannya sering diganggu.

"Mereka dihalang ketika berada di jalan raya dan kenderaan kedutaan juga dilanggar oleh motosikal semasa dalam perjalanan ke pejabat konsular," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AFP

Iklan