HONG KONG - Dua dilaporkan kritikal dalam insiden pertempuran penunjuk perasaan antikerajaan di sebuah pusat membeli belah di Hong Kong semalam.
Salah seorang mangsa yang kritikal dipercayai lelaki yang menyerang beberapa orang dengan pisau.
Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan mangsa yang terlibat.
Dalam kejadian itu, polis menyerbu beberapa pusat membeli-belah termasuk Cityplaza yang dipenuhi oleh pengunjung di pinggir timur Taikoo Shing.
Penunjuk perasaan berhimpun secara aman sebelum bertempur dengan polis di eskalator pusat membeli belah itu dan menyembur grafiti di sebuah restoran.
Demonstrasi jalanan oleh penunjuk perasaan itu bagi memberi tekanan kepada tuntutan seperti penyelidikan bebas terhadap tingkah laku polisi dan penggunaan hak pilih sejagat.
Persidangan Media Rakyat dilaporkan berkata, penjawat awam malu terhadap jenayah yang dilakukan oleh pasukan polis Hong Kong dan pemerintahan diktator di Hong Kong.
Media China menyeru tindakan yang lebih tegas terhadap penunjuk perasaan yang bertindak merosakkan agensi berita, Xinhua dan mengatakan keganasan telah merosakkan kedaulatan undang-undang di bandar itu.
Pada Sabtu lalu, pejabat Xinhua telah dipecah masuk dan dibakar oleh penunjuk perasaan dalam beberapa siri keganasan selain turut membakar stesen metro dan merosakkan bangunan dan kedai kopi Starbucks.
Perniagaan utama, termasuk bank atau syarikat yang dilihat menyokong Parti Komunis China, telah disasarkan oleh penunjuk perasaan yang marah oleh percanggahan China terhadap kebebasan Hong Kong sejak ia kembali ke pemerintahan China pada 1997. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: 5 perkara ini berlaku kepada Hong Kong dalam tempoh 24 jam