SPRM cari dua lelaki bantu siasatan

Iklan
Kaliswaran dan Loh Kang San

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama yang dicari ialah Loh Kang San, 51, beralamat di 10-1, Blok C, PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Shokray Yahaya di talian 019-623 6680.

Bagi kes kedua, SPRM mencari Kaliswaran@Ananth Kathavarayan, 52, dengan alamat terakhir di No 76, Lorong Bandar 3, Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Abdul Rahim Sulaiman di talian 019-323 0052 atau 03-8870 0497 atau e-mel kepada rahim.sulaiman@sprm.gov.my.