Polis awasi pantai di Kelantan

Iklan
Hasanuddin (tiga, kanan) bersama Abdullah (tiga, kiri) semasa program Mengimarahkan Masjid Mukim Kubang Batang.

PASIR MAS - Anggota polis di negeri ini turut digerakkan untuk membuat pemantauan di kawasan persisir pantai bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri lokasi itu ketika ini ekoran ombak besar yang berpunca daripada tempias ribut tropika Pabuk.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, arahan pemantauan itu sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah khususnya di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Sekiranya ada orang ramai yang menghampiri kawasan pantai, kita akan akan arahkan supaya mereka segera meninggalkan lokasi itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Mengimarahkan Masjid Mukim Kubang Batang di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan orang ramai berdepan bahaya dan menjadi mangsa kepada ribut berkenaan yang boleh mengancam keselamatan nyawa.

Iklan