Sanggup tahan lapar demi sara perubatan adik

Iklan
Huayuan mengalami kekurangan nutrisi yang serius hingga dikejarkan ke hospital.

HONG KONG - Seorang wanita sanggup menahan lapar demi menyara adiknya yang mempunyai masalah kesihatan hingga dirinya mengalami kekurangan nutrisi yang serius.

Wu Huayuan, 24, memiliki berat badan 21 kilogram dengan ketinggian 135 sentimeter tidak mengambil sarapan namun hanya makan ketika lapar pada waktu tengah hari dan malam dengan mencampurkan nasi bersama sos cili yang dibuat sendiri.

Iklan
Iklan

Huayuan merupakan seorang pelajar universiti di Guizhou hidup dalam kemiskinan setelah ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 4 tahun.

Dia menggalas tanggungjawab menjaga adiknya termasuk melakukan beberapa kerja sampingan seperti tukang cuci dan guru sambilan dengan pendapatan bulanan sekitar 600 Yuan (RM355).

Iklan

Difahamkan dengan wang itu termasuk subsidi dari kerajaan berjumlah 1,250 Yuan (RM765), dia memperuntukkan wang sebanyak RM1.20 untuknya dan selebihnya diasingkan untuk kos perubatan adiknya yang menghidap masalah mental.

Berat badan Huayuan hanya 21 kilogram.

Ekoran makan tidak menentu selain kekurangan nutrisi, rambut, kening Huayuan gugur secara beransur-ansur termasuk kakinya menjadi bengkak hingga sukar untuk bergerak.

Iklan

Laporan World of Buzz, saban hari, kesihatan Huayuan semakin merosot, dia hanya mampu berjalan pada jarak lebih kurang 40 meter sahaja.

Huayuan dipaksa oleh rakan-rakan untuk menerima rawatan di hospital namun menolaknya kerana kosnya mencecah 200,000 Yuan (RM118,580).

Kisah dua beradik ini menjadi perhatian masyarakat setelah melihat kegigihan Huayuan menyara adiknya hingga mengabaikan dirinya sendiri.

Justeru, penduduk dan rakan-rakan membantu mereka mencari dana perubatan menerusi internet hingga tular di laman sosial.

Ramai yang sedih keperitan yang dilalui mereka hingga sanggup turun padang membantu dua beradik ini.

Ada juga yang mendermakan separuh gaji mereka untuk membiayai tabung perubatan Huayuan.