UMNO-Pas tak mungkin jadi jurucakap orang Melayu

Iklan
Karmaine (berdiri atas tiga, kanan) bersama warga salah sebuah sekolah pada majlis di Kukup Golf Resort, Pontian.

PONTIAN - Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa gabungan UMNO-Pas bakal menjadi jurucakap sebenar bagi kaum Melayu sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai (P.165) dilihat tidak mungkin berlaku.

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini berkata, pada ketika ini PH sudah pun menjadi suara orang Melayu di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagi saya tak mungkin. Pakatanlah suara. Rasanya kita pun dah jadi suara kepada orang Melayu.

"Sekarang ini pun tak boleh rebut kerusi daripada MCA, macam mana nak suarakan suara Melayu?," katanya bagi mengulas kenyataan Mohamed Khaled ketika menyampaikan ceramah kelompok di pusat daerah mengundi(PDM) Bandar Pekan Nenas Tengah semalam.

Iklan

Karmaine berkata demikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Pra-Sekolah Zon Kukup 2019 di Kukup Golf Resort hari ini.

Sementara itu Karmaine berkata, apa yang dimaksudkannya apabila menasihati pekebun kecil kelapa sawit pada ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Penerok semalam adalah supaya pekebun kecil sentiasa bersyukur.

Iklan

"Maksud kita tu kena bersyukurlah, walaupun banyak mana kita dapat, kita bersyukur kerana rezeki tu ALLAH yang tentukan.

"Mungkin dia silap tulislah tu. Guris hati tak, maksud saya tu apa yang kita dapat kita kena bersyukurlah sebab harga komoditi ni berubah, ikut pasaran dunia," katanya.