Tiada kompromi polis terlibat jenayah
Iklan
PENDANG - Tiada kompromi kepada mana-mana pegawai dan anggota polis di Kedah jika didapati terlibat dengan kegiatan jenayah atau salah laku membabitkan dadah.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau dan menangani perkara itu sekiranya ada dan tindakan yang diambil tidak menganiaya mana-mana pihak.
Iklan
Iklan
"Kita ada rutin pemeriksaan kita, saya dan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob sentiasa mengambil berat berkaitan perkara ini dan beliau sering tekankan agar selalu amalkan budaya ‘check’, ‘reject’, ‘double check’ dan ‘counter check’. Perkara ini telah pun diamalkan oleh ketua-ketua polis di daerah.
"Selain itu pemeriksaan juga melalui cara berkomunikasi, fizikal, pemeriksaan mengejut dan pemeriksaan secara rawak. Memang kita tidak kompromi dengan apa saja yang berunsur jenayah atau terlibat perkara yang melanggar undang undang, tapi kita boleh betulkan dengan cara kaunseling untuk kita tambah baik anggota dalaman.
Iklan
"Sebab anggota kita dah lama dalam pasukan tapi sekiranya ada yang melanggar undang-undang atau jenayah, kita tidak akan berikan peluang kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Program Seni Mempertahankan Diri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini hari ini.
Muhammad Azlee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan 14 anggota polis dalam Op Blue Devil di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor oleh anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor baru-baru ini. - Bernama
Iklan
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam