Bruno Puchong dibebaskan dari 'tahanan' MPSJ

Iklan
Bruno Puchong kini ditempatkan di Persatuan Sukarelawan Penyelamat Haiwan buat sementara waktu.

SUBANG JAYA - Selepas 29 hari akhirnya seekor anjing bernama Bruno Puchong dibebaskan dari 'tahanan' Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 1 November lalu.

Puchong sebelum ini tular di laman sosial susulan sikap kurang profesional petugas MPSJ ketika melaksanakan tangkapan anjing liar.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook My Animal Justice, Puchong dalam keadaan baik dan kini ditempatkan di bawah Persatuan Sukarelawan Penyelamat Haiwan buat sementara waktu.

Difahamkan permohonan untuk memelihara Puchong juga telah diterima dan berharap Puchong akan menemui pemilik yang menyayanginya sepenuh hati.

Iklan

Terdahulu satu rakaman video menunjukkan proses penangkapan anjing tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 4 minit 13 saat itu, petugas MPSJ dilihat menangkap seekor anjing sebelum didatangi seorang lelaki dan wanita yang menghalang tindakan tersebut sehingga berlaku provokasi terhadap kakitangan bertugas.

Iklan

Bagaimanapun Kerajaan Selangor melalui Exconya, Ng Sze Han kemudian memohon maaf terhadap insiden penangkapan anjing yang tular itu.

Sze Han berkata, perlakuan kasar petugas MPSJ ketika menjalankan penangkapan anjing itu amat dikesali.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tangkap anjing, MPSJ pula mohon maaf