Memang gimik pun: Pengarah Lelakimu Yang Dulu

Iklan
Babak 'kontroversi' melibatkan isu lari konti.

Pengarah drama Lelakimu Yang Dulu, Eoon Shuhaini tidak menafikan klip video yang menyaksikan aktor, Sharnaaz 'lari konti' minggu lalu, sebagai sebahagian daripada gimik drama berkenaan.

Jelas Eoon yang juga pengarah Sara Sajeeda dan Pujaan Hati Kanda, kesilapan itu sudah disedari ketika proses penggambaran dan babak tersebut juga di buat dua kali.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun mereka sengaja mencampurkan kedua-dua babak tersebut ketika proses suntingan bagi tujuan gimik dan mahu menarik perhatian penonton.

"Tidak dinafikan pada awalnya memang ada lari konti sebab babak Sharnaaz bercermin mata itu di ambil sebelum hujan, dan tanpa cermin mata di ambil selepas hujan.

Iklan

"Selepas menyedari lari konti, kami ambil semula babak tersebut dan kalau perasan pada shot yang sama, Sharnaaz kejap pakai spek dan kejap tak pakai spek.

"Bagaimanapun ketika proses suntingan, saya termasuk editor ambil keputusan untuk campurkan sahaja bagi menarik perhatian penonton.

Iklan

"Ia (babak) memang gimik pun, cuma saya rasa lucu kerana ia viral pada hari episod akhir. Sedangkan babak tersebut disiarkan ketika episod 12," katanya kepada Sinar Harian.

Eoon (depan) bersama pelakon utama Lelakimu Yang Dulu, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose (kiri) dan Nadia Brian.

Tambah Eoon, perkara seperti itu tidak mencalarkan kredibilitinya dan beliau menganggap ia sebagai salah satu strategi untuk menularkan karya arahannya di media sosial.

"Siapa yang pernah menonton drama arahan saya, mereka tahu hasil kerja saya bagaimana. Tidak ada isu mencalarkan kredibiliti sendiri.

"Kesilapan yang berlaku bukan tidak disedari, cuma sengaja dibiarkan untuk menguji kecekapan dan fokus penonton. Sama jugalah kisahnya dengan babak melibatkan lori dalam drama Pujaan Hati Kanda," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ini bukan salah camera, ini cara baru nak lariskan drama