[VIDEO] Anjing jalanan penjaga rumah Umie Aida

Iklan
Paparan Instagram Umie Aida

PELAKON Datin Seri Umie Aida mendedahkan dia memiliki seekor anjing jalanan 'street dogs' yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.

Umie memberitahu, anjing diberi nama Blacky itu sering diberi makan dan minum sebelum menganggapnya 'tuan' serta menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Rasanya hampir setahun blacky jadi jaga depan rumah me (Umie Aida). Asalnya dia 'street dogs', me beri makan...

"Dia terus anggap me tuan dia. Dan dia macam tahu batas-batas antara me dengannya... kalau me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk. Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah me dan Blacky sangat setia dan dengar cakap," tulisnya di Instagram rasminya.

Iklan

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video Blacky sedang menanam seekor anak anjing.

Umie memberitahu Blacky baru sahaja memiliki seekor anak tetapi sudah mati dan memintanya menanamkannya.

Iklan

"Dipendekkan cerita Blacky baru dapat anak... dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yang me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak makan dia akan datang rumah Me.

"Dan semalam... Blacky datang bawa anak dia.. Mata Blacky berair seolah-olah menangis. Ya ALLAH... rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamakan baby dia.

"Me tak tahu nak cakap macam mana sedih Blacky dengan kematian anaknya. Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yang dah mati. Manusia? Hmmm... Pengajaran buat kita yang bergelar manusia yang ada hati perasaan, akal dan iman,” luahnya.

Perkongisan video itu mendapat 28,800 tanda suka dari peminatnya.

Paparan video amatur turut memaparkan Blacky setia berada di tepi kubur sehingga pengebumian anaknya selesai.