Saya tak paksa dia bertudung: Mark Adam

Iklan
Penyanyi, Mark Adam

PENYANYI, Mark Adam meluahkan rasa gembira apabila isterinya, Norazah Redzuan kini sudah berhijab.

Mark, 39, berkata, keputusan dibuat isterinya atas kerelaan sendiri selepas pulang dari Tanah Suci Makkah.

Iklan
Iklan

"Sekembalinya kami dari menunaikan ibadah Umrah, dia sendiri yang buat keputusan untuk bertudung.

"Saya tidak pernah paksa dia. Tapi apabila dia sendiri sudah bertudung hati saya rasa lagi seronok. Lawa dia bertudung,” jelasnya.

Iklan

Mengenai perkembangan nyanyian, Mark yang popular menerusi lagu Si Katak dan Marry Me bakal mengeluarkan single terbaharu pada 27 Januari ini, berjudul Amnesia (lupa ingatan).

"Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh saya dan ia mengembalikan feel seperti lagu-lagu rancak saya sebelum ini.

Iklan

"Dalam pada itu, bait lirik lagu ini juga saya ada masukkan sedikit unsur komedi dan menariknya ada 12 nama wanita.

"Cerita lagu ini sangat menarik namun kena dengar dahulu baru boleh faham maksudnya," ujar Mark.