Kek jadi 'mangsa' politik

Iklan
Kek bertema protes Hong Kong digugurkan daripada menyertai pertandingan menghias kek di Birmingham.- Foto CNA

BIRMINGHAM - Sebiji kek bertemakan protes Hong Kong digugurkan daripada sebuah pertandingan menghias kek di England, satu keputusan yang dilihat sebagai 'penapisan politik'.

Kek buatan seorang pembuat kek dari 3rd Space Cafe di Hong Kong itu menampilkan beberapa simbol protes seperti topeng Guy Fawkes yang sering dipakai penunjuk perasaan prodemokrasi.

Iklan
Iklan

"Rekaan kek tersebut hanyalah ekspresi tentang apa yang berlaku di Hong Kong pada ketika ini," kata jurucakap kafe terbabit kepada BBC.

Kafe 3rd Space mendakwa, pihak Cake International membatalkan penyertaan mereka selepas menerima aduan daripada peserta warga China yang mendakwa kek itu mempamerkan kandungan yang mempromosi kemerdekaan Hong Kong.

Iklan

Penganjur sebaliknya berkata, penyertaan dibatalkan berikutan salah satu elemen kek tersebut didapati terlalu besar.

"Elemen kek yang tidak menepati saiz akan dibatalkan. Pembatalan dibuat bukan sebagai kenyataan politik," kata pihak Cake International dalam muat naik di laman Facebook.

Iklan

Kek tersebut merupakan salah satu kek yang dipamerkan pada pertandingan yang diadakan di bandar Birmingham dari 1 hingga 3 November lalu.- Agensi